Tuesday, September 24, 2013

Semalam punye cite nie :p Haha, baru hari nie nak update.
Malam tadi tetibe Luqman wechat aku, cakap tangan yoe terbakar.
Hahhh!! terkejut giler aku. Haha, rupe nyer just melecur kene api..
Buat aku risau je tau.. Tak nak g hospital.. pkai losyen pun tak nak.. Adoyaiii
degil betul la dy tu.. naseb baik tak de kat depan aku. kalau tak aku tarik-tarik telinga dy tu
kuat-kuat tau =,=
Haaaaa yg ary nie punye cite plak kan. Luqman wechat lagi cakap yoe tak nak bgun dr tido. Haha
macam-macam la syg aku sorg tu >,< Susah nak bngun tapi bile dah bgun senyap je.. Tak banyak bunyik. buat orang risau je laaaa.....

Tapi aku mmg risau dekat dy pun. dah la nak final nie, tangan melecur plak. Adoyaiii , nie sume ade kne mgene dgn aku ke? ke aku punce dy jadi mcm tu??
Hmmmmm ..... bie, syg risau sgt dekat bie. Syg sayang sgt2 dekat bie. :'( bie jage diri tau.. Jangan stress2, bie nak final dah nie. Sayang doakan bie berjaya ea sem nie. Minx2 takde repeat lagi.. :') #LoveUdear

Friday, September 20, 2013

rindu T.T

rindu???
tu la perasaan aku sekarang nie. Aku berlagak mcm aku nie kuat. langsung tkde efek bile yoe langsung tak tnye kaba pasal aku. :'( smpai kan aty dy buat aku mcm nie.dy ckp dy sayang aku.
hati aku tak kuat tau.. mmg la aku slalu ckp kt mmbe aku yg aku boley move on. tapi ntah la.......
cara yoe layan aku tak nmpk mcm dy syg kat aku.. mcm aku nie just tempat dy ilang boring je.. carik aku time dy tgh bosan. bile epy lgsg takde kaba berita. :(

Wednesday, September 18, 2013

Bateri kembung ???

Haha, mmbe aku sorg nie. tahu la cuti sem nanti nak dapat fon baru (Galaxy S2) :)
tak payah la smpai fon lame nie plak ttbe bateri nyer kembung bagai.. Haha.
buat lawak ja mira nie tau..

 (gambar hiasan)

Last day Test 2


Besok last day test 2 .. ^.^ Yahooo.......
8.30am Islamic Institution

 kemas tak note aku?? Hoho......




8.30 pm English for Profesional Communication :)

*wish me luck oke :D
Minx minx tak retest paper tuk test 2 nie... Hihi

Tuesday, September 17, 2013

Study!!



Besok test Organization Behaviour kul 10.30 pg..
huhu, please be nice to me :* 
Love u so muchhhhhhh... Hakhak

Hilang mood =='

Entah kenapa dgn aku nie. sebab shaker (pensel) ilang aku pun boley terus hilang mood.. 
muka masam je. tak nak stdy, ckp, macam2 lagi la. nek bengang plak mmbe aku.Haha (mira la tu) *sory tau mira, tak sengaja ter"emo.... huhu

Carik macam nak rak kowt. satu bilik aku punggah. Last last jumpe dlm pensel box jgak.. Kat celah2 test pad tu.. Adoyaiiii, malu seyhhhh.. Bengang pun ada. #sengal siot.

Huhu, pape pun sory again kat roommate aku k (mira&fina). Mianne unnie :')

Friday, September 06, 2013

Disaat sendiri - Dadali band

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

cheesecake biskut



cream cheese
1/2 susu tin (pekat)
nestum
biskut Deluxe cracker
susu dutchlady

 pukul cheese smpai lunyai n masukkan susu pekat

 ambil biskut dan celupkan kedalam susu... jgn lama2 sgt....

 susun biskut yg dicelup td kedalam loyang..

 calitkan cheese td ke atas biskut, n tabur nestum.

then ulang benda yang sama sehingga biskut itu habis....

 topping : tinggalkan cream cheese tu sedikit.. n sapukan ke atas biskut yg atas.. pastikan cream atas tu lg tebal drpd cream layer2 td...

 akhir sekali tabur nestum. masuk dalam peti ais..
n sejukkan semalaman .. Siap!! huhu ^_^

 <------ hasilnya ..

projek bln November !! hoho ^_^

18 november 1994
birthday Ahmad Kamarul @ Yoe.......

-dy nie demand weyhhh =,= tak mkn kek.. Kalau makan pun just cheese kek.. Huhhhh
ingat senang ke nak buat...

Pape pun, i will try my best.. Hikhik..
so now kite cari resepi dulu.....



Okay , ni saja bahan2nya. Simple dok? Sangat simple!

1 Tin rendah susu cap junjung
1 Tin/kotak kecil nestle cream 
1 Kotak fresh milk dutch lady 
3 bungkus roti saltcheese
Tatura Cream Cheese 
                                                                                  
1. Masukkan tatura cream cheese , susu manis dan nestle cream ke dalam mangkuk pengadun .
2. Putar ketiga2 bahan tadi sehingga sebati .
3. Yeah ! Sudah pun sebati . Sekarang korang tuang sikit Dutchlady Fresh Milk ke dalam mangkuk . Lepas tu , ambil roti saltcheese , celup roti saltcheese ke dalam susu fresh milk , barulah di susun ke dalam loyang/acuan .
4. Okay , lepas korang susun roti saltcheese , korang lapis dengan adunan cheese tadi di atas roti saltcheese . Lepas dah habis lapis guna cheese , korang ulang lagi langkah nombor 3 iaitu susun roti saltcheese tu balik .
5. Okay , bila dah habis melapis , korang tutup acuan korang dengan aluminium foil . Lepas tu letak dalam peti sejuk semalaman supaya kek korang jadi keras . 

Monday, September 02, 2013

Lupe !!

Haha,, disebabkan dah lame tak jumpe yoe..
aku dah lupe rupe dy mcm mane..
Ehhh! boley plak mcm tu kan? =,=
ermmm.... kene la tgok gamba dy balek... huhhhh,
dah satu hal nak kumbah balek kotak gamba tu..
#capekkkk dehhh

Sunday, September 01, 2013

Welcome back !! huhu

Perhhhhhh.. lame seyh tak update blog.. haha..
lupe meyhhh, lagipun tak de bnde nk tulis kat dlm nie.. #mianne

Betul ke???

9 Ayat Maut Seorang Perempuan

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …